Friday, March 4, 2016

Siri Zakat 1 : Pengenalan

Menunaikan zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang 5. Ia difardhukan ke atas semua yang mengaku diri sebagi Muslim. Kalau dilihat pada statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat seluruh negara, kadar kutipan zakat meningkat saban tahun dan peratusan yang membayar zakat juga semakin bertambah. Ini membuktikan bahawa masyarakat semakin cakna dengan Zakat.

Apa itu Zakat?
Zakat dari segi syara' bermaksud kadar khusus yang diwajibkan ke atas harta-harta tertentu untuk kelompok tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu.

1. Kadar khusus : 
- kadar yang diwajibkan adalah berbeza mengikut jenis harta (مال). Ada yang difardhukan 2.5%, ada yang difardhukan 10%, malah ia juga berbeza bagi setiap haiwan ternak (الأنعام) seperti lembu, unta, kambing, dll.

2. Harta-harta tertentu :
- tidak semua harta diwajibkan berzakat. hanya harta atau aset yang dinaskan dalam Al-Quran atau Hadith atau aset yang memenuhi sifat @ illah seperti yang disebutkan sahaja yang diwajibkan seperti unta, lembu, kambing, emas, barang-barang perniagaan.

3. Kelompok tertentu :
- Dalam Al-Quran telah menyebutkan dengan jelas tentang 8 kelompok atas asnaf zakat yang menerima zakat. 

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ}  
(9:20)

4. Syarat-syarat tertentu :
- terdapat syarat-syarat tertentu yang telah digariskan pada harta zakat, pengeluar zakat, waktu difardhukan zakat dan lain-lain.


Hukum Zakat :
Sudah diketahui bahawa hukum zakat adalah wajib berdasarkan nas-nas yang sorih dari Al-Quran dan Hadith. 
 (..وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ)

Maka, bagi seorang Mukallaf yang menghalang @ enggan membayar zakat dan menafikan kefardhuaannya, maka, boleh dihukumkan sebagai Kafir. Maka, akan dikenakan hukum Murtad keatasnya kerana dia telah menafikan sesuatu yang datangnya dari Syaari' (Allah)>

Namun, jika dia enggan membayar zakat kerana kedekut @ bakhil, maka, waliyyul amr (pemerintah) boleh mengambilnya secara paksa. 

Namun, jika dia enggan kerana jahil akan kefardhuan di dalam Islam, maka, wajib ke atas kita untuk mengajarkannya akan hukum-hukum Islam dan tunggu responsnya selepas itu. 

Sumber: 
اقتصاديات الزكاة والوقف : د عبد الجبار السبهاني :      

Sunday, December 6, 2015

Pengalaman Mock Interview


 Bila nama dipanggil untuk ditemu bual, rasa berdebar sangat sebab orang hebat yang akan bertanya. Masuk bilik sambil melemparkan senyuman (sebab nak cover gementar). Duduk dengan tenang san perlahan-lahan mengangkat wajah untuk menatap panel.

Panel (Ustaz Nazri Cik) membelek resume sambil memberi arahan untuk memperkenalkan diri. 
"OK. Please introduce yourself."

(Ustaz speaking so, i dont have any option other than to speak.)

"My name is ..........(working experience + education background + leadership)

Disebabkan dah lama tak speaking, makanya vocab agak kurang dan lambat nak mengatur ayat.  Lama2 dah dapat momentum untuk bercakap meskipun, banyak vocab arab dan melayu yang berlegar di otak. (Things under control). 

"What makes you differ from other candidate?"

"OH. For me, I am a hardworking person and I learnt things fast and i like to observe people doing things and learned from it."

"I think everyone can say that they are hardworking."

- at this moment please justify yourself and prove and make them impressed with you. -

"How much should i pay you?"

"RM2000 as I am a fresh graduate."

"Woww! How about if I want to pay you rm1000 only?"

"Hmmmm. I have been working beforw as part time and it worth me rm1000 back then."

"Oklah. Saya up sikit. RM 1500."

"Hmmmm. I think I can accept it if thats the price of experience even i know that's not much. Nowadays people keep asking about experience but they never give chance."

Anugerah Peserta Terbaik Mock Interview (Sabar + Sungguh)

Tips:
1. Jawab simple but gmbrkn the whole idea.
2. Eye contact kena jaga.
3. Confident level 80% je (not to low not to high)
4. Jangan demand sangat zaman sekarang ni.
5. Tahu dan maklum tntg syarikat yang kita nk ditemu bual tu. 

At the end, i ask Ustaz Nazri should I continue in Economy or Finance? 

"Ok. Kalau ekonomi, awak nak masuk dekat mana? Politik? Kerja dengan kerajaan?"

From his answer, insyaAllah my aim is clearer now 😊



Bersama Ustaz Nazri Chik selepas selesai program
Thanks ustaz for this greatest experience.

P/s:i search ustaz's name on google and found out that ustz is S/U Dewan Ulama Pas Pusat. Kagum berganda-ganda sebab ustaz masih mampu utk terus istiqamah :)

#skedjap

Tuesday, November 17, 2015

Perkongsian dari hati untuk hati ; kejarlah redha Ilahi

Sengaja ingin aku nukilkan kisah ini sebagai penaik semangat buat semua khususnya Junior IKIP yang kewujudan di Bumi Anbiya' ini hanya sekadar 2 tahun. Tempoh yang terlalu sekejap namun cukup lama andai dimanfaatkan dengan benar.

Dari awal kedatangan aku ke Jordan, telah ada beberapa perkara yang menjadi 'aim' aku di sini. Bak kata orang 'things to do'.
1) Pengukuhan Bahasa Arab (SLOW PROGRESS)
2) Peroleh Ijazah Al-Quran (FAST PROGRESS)
3) Graduasi dengan pangkat MUMTAZ (--- PROGRESSING)
4) Kekalkan mobilisasi dan fungsi dalam persatuan (DONE)
5) Talaqqi (MAINTAIN PROGRESSING)
6) Jelajah dan Travel sebanyak mungkin (DONE ; TURKI, PARIS, LONDON, SEPANYOL)
dan banyak lagi impian dan perkara yang tak terfikir tika ini.

Melihatkan senarai kerja jangka masa panjang ini, aku tahu aku perlu mulakan usaha dan kerahan tenaga aku dari awal keberadaan di sini. Alhamdulillah, berkat bimbingan para Senior, kebanyakan kami berjaya menghabiskan Mustawa Tamhidi Al-Quran dan dalam masa yang sama mengikut kelas di Markaz Lughah Haseef.

Setelah masuk semester 2, aku mula sibuk kerana madah semester 1 sebelum ini hanya 4 madah namun semester ini, 7 madah kesemuanya. Tindakan yang agak nekad setelah mengambil kira faktor jangka masa panjang. Disebabkan kesibukan itu, kelas di Markaz Haseef sudah tidak aku ikuti lagi untuk peringkat seterusnya. Namun, tak pernah mati rasa untuk memperbaik bahasa. Kawan arab adalah 2-3 ketul. Waktu mula-mula kenal hari2 mesej, tapi, sekarang, sudah lama tak bertukar berita, senyap tanpa kata. Pun begitu, aku usahakan untuk istiqamah mustami' kelas Fiqh Muqaranah oleh Dr Ibrahim Jawarneh. Benar-benar aku kagum dengan Dr Fiqh kerana bicara dan pengetahuan mereka bukan sekitar ibadah malah ada satu kelas itu, syarah berkenaan ihtikar dan ekonomi.



Semester Soifi yang pendek aku usahakan untuk mengambil 4 madah termasuk Tilawah 3. Memang terasa sangat tidak mampu sebab dalam masa 1 bulan setengah aku perlu habiskan hafalan 2 juz baru dan panjang2 surahnya tidak seperti juzuk sebelum ini. Tapi, aku bulatkan juga tekad bersama 4 rakan lain untuk menyelesaikan madah Hafazan dan mengkhatam Kitab Munir. Alhamdulillah, Dukturah sangat membantu ditambah dengan keringanan dalam mentasmi' surah. Selesai hafalan satu surah, boleh tasmi' tanpa menunggu mau'id imtihan sebenar. Yang penting perlukan tekad dan azam yang tinggi untuk sentiasa menambah hafalan setiap hari (ok. aku tak mcm ni. ada sorang kawan, yang mulazamah hafalan surah). Semester soifi itulah paling bahagia meskipun penat. Kerana madah dan Duktur yang mengajar pun sangat best! Usul Fiqh 1 oleh Dr Abdul Jalil Domrah yang menambahkan cinta dan cinta aku pada Usul Fiqh. Sentiasa ternanti syarah Duktur yang sangat memuaskan telinga. Diikuti pula subjek Ta'min oleh Dr Abdunnasir yang sangat hebat.

Semester 3, semester paling berat sedang aku lalui kini dengan 4 madah wajib Department Iqtisod, Usul Fiqh 2, 1 subjek bahasa dan 1 subjek kanak2. Perancangan awal, semester ini perlu aku selesaikan Mutaqaddimah (Level 2) di Markaz Quran. Aku sedar kalau aku ikuti daurah dari mula, aku takkan sempat menghabiskan Mutaqaddimah cepat dan sempat pula mengambil Ijazah Quran. Aku beranikan diri. Aku cabar diri. Aku daftar untuk peperiksaan Mutaqaddimah tanpa mengikut kelas sebab aku sudah selesai sehingga Tilawah 3 di Jamiah (dah khatam Kitab Munir- buku tajwid). Masa yang aku ada cuma 1 bulan setengah untuk hafal juz 1 dan juz 15. 2 juzuk baru lagi buat aku. Aku congak-congak. Aku perlu lazimi 1 muka surat 1 hari beserta ulangan. Payah tapi, kena paksa diri!


Alhamdulillah..... selesai sabtu yang lalu (14 November) aku menduduki peperiksaan Mutaqaddimah dan lulus untuk mengambil Ijazah Quran pula. (Moga Allah izinkan dan bantu untuk meneruskan perjuangan ini)

Aku cerita bukan untuk membangga diri. Moga Allah jauhi hati aku. Aku cerita supaya adik-adik yang sekarang berada di tahun 1, tahun 2 manfaatkan masa panjang anda di sini. Usahakan untuk selesai sehingga Mutaqaddimah sebelum tahun 3 dan fokus untuk ijazah pula bagi tahun 3 dan tahun 4 melainkan anda memang tak nak ambil atau anda memang nak merasa lelahnya ke sana- sini seperti aku rasa.

Sheikhah pernah pesan, "kita belajar Al-quran ni supaya kita dapat baca Al-Quran seperti mana ia diturunkan pada Rasulullah."

Pesanan itu yang selalu menguatkan azam aku untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan dari Kuliah Adab ke Markaz pada hari Rabu jam 11 pagi kemudian kembali Kuliah Adab pada jam 12 untuk bersedia dengan kelas jam 12,30 pula. Pesanan itu juga beri kekuatan untuk berlari dari Kuliah Syariah setiap hari selasa selepas selesai sahaja kelas terakhir jam 4.45 ptg untuk kelas muroja'ah.

Selalu aku rasa futur dan aku rasa lemah. Bila pulang ke rumah, berjalan sendiri, air mata penat yang menemani, lalu aku membisik sendiri "Aisyah..Kuatlah!" " Ya Allah kuatkanlah aku! Aku niat ini untuk anak-anak dan generasi aku. Dan Kau jadi saksi Ya Allah, andai aku mati sebelum datang jodohku bukanlah aku ini orang yang menolak sunnah nabiMu untuk tidak berkahwin. Aku usaha mencari jodoh, cuma belum Kau temukan. Aku usaha memperbaiki diri dan buat persiapan apa mampuku...bantu aku Ya Tuhan..."

Aku kuat dan gagahkan hati sebab aku tahu setiap letih dan lelah ini pasti berbayar suatu hari nanti. Bapa Imam Ahmad bila ditanya rahsia didikan pada Imam Ahmad, jawabnya "aku mendidik dia sejak pemilihan rahim untuknya (isterinya)." Maka, sedarlah kaum Hawa, didikan anak-anak kita bermula dari kita (tempat gantungan rahim anak-anak).

Sentiasa merancang. Merancang masa depan biar panjang dan jelas. Tahu hala tuju. Sedar kebolehan. Tahu cita-cita. Merancang dari sekarang bukan nanti. Ya, kita merancang Tuhan juga merancang dan Dia sebaik-baik perancang. Semoga ada keselarian antara perancangan kita dan Tuhan :)

"Kita TAKKAN tahu kebolehan sebenar kita sehingga kita benar-benar mencuba. Kita belum benar-benar mencuba andai tiada keazaman. Kita belum benar-benar azam andai tidak tahu hala tuju"

Saturday, November 14, 2015

Buat Hawa

Aku faham, fitrah untuk memiliki-dimiliki, cinta-mencintai, rindu-merindui itu kerana aku juga sebegitu. Adakala ingin, adakala mahu, malah selalu. Tapi, aku sedar dan cuba selalu menyedar diri aku akan PRIORITI aku. Meski di mulut kata mahu, tapi, di hati Allah sahaja tahu, aku belum bersedia dan belum lagi waktu.....

Pesan aku buat kita kaum hawa yang sejenis,
Ayuhlah kita perbaikilah diri sama-sama,
Perelokkan ibadah juga akhlak,
Tambahkan ilmu juga pengetahuan,
Kerana setinggi mana jawatan dan pangkat kita nanti,
sedarlah,,,.. sedarlah....,, sedarlah...,,
tetap kita juga yang perlu MENDIDIK ANAK-ANAK,
tetap kita juga yang perlu MENGAJAR ANAK-ANAK,
biarlah tangan lembut ini yang menegur dengan kasih dan tegas buat anak-anak,
biarlah tangan lembut ini juga yang menyuap makan ke mulut anak-anak..
Bibir yang sama mengucap nasihat dan bebelan, juga mengucap cinta dan kerinduan,
Wajah yang sama berkerut memikirkan kenakalan anak-anak, juga melempar senyuman..

Kita kaum hawa,
Dicipta Tuhan lembut sifatnya...
Bersedialah dalam banyak hal.. banyak perkara..
kerana lembut itu kita, tegas juga kita..
marah kita, sayang juga kita..
sentiasa menimbang tara..

Bersedialah... jangan malas... :)

Friday, July 24, 2015

Andai benar cinta

Apabila anda mencintai seseorang, cubalah untuk menjadikan dia yang halal buat anda.

Andai keadaan menunjukkan yang masih belum masa untuk anda mendirikan masjid bersama, maka, tinggalkan lah si dia.

Demi Allah, yang kerana Dia, anda mencintai Si Dia, maka, tinggalkanlah si dia. Tinggalkan dia dengan keyakinan bahawa Allah pasti sudah menetapkan yang terbaik buat hubungan kalian.

Andai dia jodohmu, pasti akan Tuhan temukan kerana peganglah satu prinsip.

"Perpisahan itu bukan seorang di sana, seorang di sini, bukan berpisah jarak, bukan kerana tidak berhubung. Perpisahan itu apabila seorang di Syurga dan seorang di Neraka. Andai benar cinta, tarik dan pimpinlah di ke syurga."

Saturday, April 4, 2015

sama je Aku, Kau, Kita dengan Najib

Aku buat status pasal kes malas2 semalam... terus akak aku comment

" Kes2 tak pergi kelas sangat common bila dah masuk alam universiti. Malah bukan subjek ringan je, yang berat pun sanggup diketepikan kalau 'takde mood'. Masing-masing dah besar, pandai2 la evaluate keputusan sendiri. Dan berani ke kalau kat akhirat nnti semua rakyat malaysia tanya ke mana perginya duit cukai yang mereka bayar untuk tanggung punggung-punggung berat ni belajar sedangkan mereka anak beranak makan nasi lauk ikan masin hari-hari. berani pula kita nak kata kita 'takde mood'. We asked for this, we should take responsibility

And I was thinking like, kita kecoh2 Najib beli jet pesawat guna DUIT RAKYAT, ROSMAH dandan rambut ribu2, yang kita ni pun dapat DUIT RAKYAT JUGA...hobi tukar fon setiap kali masuk duit elaun, beli kereta, tukar sport rim motor, shopping online macam org banyak duit, zalora lah lazada dah ebay lah... KITA LUPA TU DUIT RAKYAT JUGA.. KITA BOROS JUGA.. kalau lepas tu result gempak boleh bagi sumbangan pada rakyat Malaysia bila grad nanti, takpe juga.. ini tidak, result hambar~~~

kita SAMA je MACAM NAJIB..
kita zalimi rakyat..
Kita zalimi mak ayah, makcik pakcik yang susah cari duit utk bayar cukai sana-sini..

Kita dengan Najib sama je.

Tak kisahlah kau Mara ke JPA ke KPT ke Zakat ke Yayasan2 ke PTPTN ke.. tetap semua tu duit RAKYAT..

Kalau kau rasa kau nak belanja mewah sikit, melancong sana-sini, mohon belajar elok2...Lepas Grad, sumbang untuk Rakyat semula...

#SentapDenganStatementSendiri
#PeringatanBuatSemua

Thursday, January 8, 2015

HAK BUKAN IHSAN

Sesungguhnya apa yang diperoleh oleh orang yang memerlukan (baca: OKU, ditimpa bencana, dll) bukanlah kerana ihsan tetapi ia adalah hak mereka pd sisi Allah.

Sesungguhnya Allah telah menyimpan harta mereka pada manusia. Allah memberi susah pada mereka (baca: kurang pendpt, miskin,dll) dan memberi senang (baca: kaya, bergaji, dll) pada yang lain.

Maka, secara syar'ienya mereka perlu meminta hak mereka. Dan, Allah juga ketika berbicara perihal golongan ini, Allah menggunakan perkataan HAK bukan yang lainnya.

Sila rujuk : Al-Isra': 26, Al-Ma'arij : 24, Az-Zariyaat: 19

السبهاني، عبد الجبار: الوجيز في الفكر الاقتصادي الوضعي والاسلامي، ص203

Betapa cantiknya Islam dalam menggariskan struktur ekonomi dan pastinya sebuah negara yang betul2 mengikut acuan ekonomi Islam, maka rakyatnya akan sejahtar, negara dibawah lindungan tuhan


#IndahnyaIslam