Sedang sibuk mengemas bilik dan rumah, dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Pemergian seorang saudara terdekat akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dri Manjung, Perak ke Kuala Lumpur.
Aku ketika itu sedang begitu asyik mengemas bilik kerana sejak berada di perantauan (Kuantan) dah tak care dah sangat bilik macam mana sebab balik pun beberapa kali dan sekejap sahaja,, tetiba adik lelaki datang dan memberitahu dengan nada perlahan: "Kemas barang nak balik kampung. Abang bob eksiden, meninggal."
Kata-kata adikku itu seolah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku menyambung kemas dan berfikir seketika. "Eh! betullah meninggal? Salah dengar ke?". Aku menyoal adikku bagi mendapatkan kepastian, seolah-olah otakku tidak mampu menghadam kata-katanya itu dan sejujurnya aku seperti rasa "diprank" tapi, takkan soal hidup-mati hendak dijadikan gurauan.. Aku seperti tidak dapat berfikir, bukannya apa, arwah masih terlalu muda dan berita itu sangat mengejutkan.
Lantas, terbayang wajah anak kecilnya yang belum sampai 2 tahun dan begitu manja. Saat itu, aku benar-benar diuji dengan keyakinan pada qada dan qadr.. Maka, benarlah kata Allah:
"Apabila telah sampai ajal kamu, maka tidak akan dilambatkan walau sesaat dan tidak akan dicepatkan (walau sesaat)."
Sesudah mengemas barang-barang untuk pulang ke kampung, kami pun bertolak seramai 7 beranak menaiki CRV dan berjanji bertemu dengan ayah di RnR sungai buloh. Aku mengambil keputusan untuk membaca al-quran kerana seakan masih belum boleh menerima dan perlu mencari kekuatan dan nasihat direct dari Allah.
Maka, Allah jua yang memperkenankan kehendak hambaNya.. Aku terbaca ayat daripada surah Al-Hadid ayat 22 dan 23
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (luf mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang lupa daripada kamu dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadaMu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan suka membanggakan diri."
Maka, ingatlah, nyawa dan ajal kita ini di tangan dan kuasa Allah semuanya dan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan hiburan.. Maka, barangsiapa yang menjadikan dunia ini sebagai jambatan untuk berjaya di akhirat kelak, maka, merekalah orang yang berjaya,, sementara, mereka yang leka dan menganggap dunia ini segalanya, maka, merekalah orang yang rugi dan merugikan diri sendiri..
Tidak kira muda atau tua, sihat atau sakit, semuanya. SEMUANYA harus mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk menempuhi sakit sakaratulmaut, alam ruh, alam kubur, dan alam akhirat DAN KEKAL ABADI....!
p/s: rasa macam malam tadi LailatulQadr, tapi, Allah lebih Mengetahui..