Friday, October 17, 2014

Jordan : Antara Fantasi dan Hakiki

Hampir sebulan sudah permusafiranku ke Bumi Anbiya’ ini. Bila dikenang semula saat perpisahan dengan Bumi Tanah Airku, adakala, timbul sedikit rasa kesayuan namun, tidak boleh kubiar lama rasa itu, kerana hakikatnya, aku sudah berpijak di sini dan datangku bukan dengan mudah juga tidak murah! Datangku bukan untuk suka ria namun, penuh dengan cita-cita. Datangku supaya pulang menyebar bahagia dan menjadi insan luar biasa.

Semenjak dari SPM lagi aku telah membulatkan tekad untuk datang ke Jordan. Aku mengisi borang KPM juga borang MARA dengan Universiti Yarmouk sebagai Universiti pilihan. Namun, 2 tahun di Kuantan membuatkan rasa teruja itu semakin hilang. Kalau tidak kerana cintakan bahasa Arab tidak mungkin aku sekuat ini. Memetik sebuah syair yang selalu menjadi pegangan aku:-

"ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها      ان السفينة لاتجري على اليبس"
Kau menginginkan sesuatu tetapi, kau tidak mengikut jalannya, sesungguhnya kapal yang tidak mampu bergerak di atas padang pasir.

Maka, untuk mendalami bahasa itu, aku perlu berjumpa dengan ahlinya. Semoga Allah permudahkan cita-citaku. Muamalat dengan orang arab, susah pada awalnya, namun, lama-lama bakal terbiasa.
Aku pernah berpengalaman dimaki oleh seorang lelaki Arab. Sewaktu itu, aku baru pertama kali menjejakkan kaki di Pasar Balad. Sedang memilih sayur-sayuran. Tiba-tiba, sahabat aku menyapa bertanyakan sesuatu.

“Ni na’na’(pudina) ke?”

Aku cium baunya sekilas, tidak seperti na’na’, lalu, pantas aku menggeleng. Lelaki Arab itu yang juga penjual di kedai itu bercakap sesuatu yang tidak aku fahami, tetapi, apa yang boleh ditafsirkan adalah “itu adalah na’na’! Aku berkeras tidak mahu membeli lalu, kami berlalu pergi dari kedai itu. Mencari sesuatu yang kami juga tidak tahu apa. Tanpa aku duga, penjual tadi mencari dan menjejaki aku semula dengan muka yang marah. Saat aku berselisih dengannya di jalan, dia menudingkan jari lalu berkata, “انت من نوع قبيح!” . Termangu aku seketika kerana aku juga tak pasti apa salah aku.

Pernah sekali aku bermualah dengan صاحب rumah sewa sahabat aku melalui telefon. Dia memuji bahasa aku. Katanya “انت قوية! لغتك جيدة!”. Aku pernah juga tersalah membeli shawarma kerana tidak tahu cara untuk memesan makanan. Aku pernah berlegar di kawasan jamiah seorangan, mencari kalau-kalau ada orang yang ingin berkawan dengan aku, tetapi, tiada. Aku pernah silap dan aku pernah betul. Tiada apa yang perlu aku bangga kerana aku tahu masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Dan, aku perlu terus berusaha. Bukan sahaja aku, juga kamu!

Apa yang penting untuk kalian tahu dan usahakan? Kalian perlu bersedia. Bersedia dengan bahasa Arab. Bersedia untuk berdikari. Bersedia untuk mujahadah bangun pagi pergi kelas dengan cuaca sejuk sampai ke tulang. Bersedia untuk menguruskan duit sendiri. Bersedia untuk mengurus diri. Bersedia menjadi manusia dewasa yang matang pemikiran juga kuat jati diri!

Kalian perlu tahu dan mula mengkaji tempat apa yang bakal kalian jejaki ini?
Adakah seindah syurga duniawi, sebab takut-takut kalian kecewa nanti.
Kalian perlu tahu, sebab apa kalian ke sini?
Adakah kerana kawan, ingin suka-suka atau bagaimana nawaitu hati?

Kalian perlu usaha, usahakan apa? Bila dan bagaimana?
Usaha dengan akademik, sahsiah, juga disiplin. Usaha dari sekarang, dari Malaysia dengan cara usaha yang sehabisnya… Kenapa??

Sebab takut, ada yang menangis Doktor ajar dalam ammiy, dan tak faham. Sebab takut, ghiab kelas lebih dari hadnya, kena sekat ambil Imtihan Akhir. Jangan menyesal!

Aku bercerita bukan untuk menakutkan. Juga bukan untuk menjatuhkan motivasi dan semangat kalian. Justeru, kalian perlu lebih semangat kerana semua ini adalah cabaran dan jadikanlah ia peluang untuk memperbaiki diri sementara kalian masih punya waktu, sementara kalian masih di situ. Teruskan persiapan kalian kerana perang kalian bakal bermula…..
Seperti firman Allah:
وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل……….."   (Al-Anfal: 60) 


- والله اعلم -

Saturday, September 27, 2014

Bermula sebuah kisah ~~

Alhamdulillah. 


Mengakhiri minggu ke-2 di Bumi Jordan,
Bumi baru yang aku pilih dan Allah pilih aku untuk berada dan mengutip emas mutiara selama 2 tahun. 

Jordan.
Tak ramai yang sangka rupanya begini.
Aku sendiri adakala ada waktu termenung memikirkan.
"Oh! aku sudah di Jordan!"
Ada waktu aku alpa~~~
beribu km jauh dari tanah air jua orang-orang tercinta..
Aduh! betapa sakit hatiku menahan rindu untuk menghirup udara Khatulistiwa
namun, demi nawaitu ilmu.....
aku perlu padu. jiwa perlu bertaut pada yang Satu..
Wahai Rabbku. Berikan aku kekuatan dari sisiMu..



Mengimbau waktu dan detik melihat Bumi Padang Pasir ini dari atas pesawat. 
Terasa kosong.Terasa Sunyi. 
Tiada lagi warna-warni ceria. 
Cuma tinggal debu-debu pasir jua warna coklat yang setia. 
Hilang sudah kehijauan dari mata. 



Turun laju air dari bening mata,
tak mampu kuseka..
segala rasa yang membungkam dalam dada,
hanya Dia yang faham segala.
Kejauhan dari ayah bonda,
aku belum kuat untuk tempuhinya,
bukan aku tak pernah merasa,
namun, tidak sebegini jauhnya,
tidak selama ini masanya.

Duhai Ayahanda!
Duhai Bonda!
Aku pasti pulang untuk buat kau bahagia..
Aku pasti pulang untuk memberi kau wajah ceria..
Aku pasti pulang dengan jaya..
Aku akan pulang dengan penuh gaya..
doakan aku :)


Wednesday, August 27, 2014

bahaya persepsi

Kadang-kadang bicaramu buat orang berfikir,
Kadang-kadang tingkahmu buat orang syak khuatir,
Kadang-kadang bahasamu buat orang senyum mengukir.

Dan,
Kau biarkan orang membuat tanggapan,
Kau biarkan orang membuat andaian,
Kau biarkan orang membina persepsi sendiri,
Lama-lama ia memakan diri.....
Tanpa kau sedari.....

Lalu engkau harus bagaimana?
Bila engkau tahu manusia memandang pelik dirimu kerana tingkahmu,
Menyapu persepsi orang padamu pergi bukan semudah ABC,
Membina rasa percaya dan thiqah diri orang padamu bukan sekejap seminit dua.

Saat kau perlu percaya orang kampung seperti si pengembala kambing,
Apakah kau mampu kutip percaya itu di tepi jalan,
Bila kepercayaan itu dah kau buang, kau cabut, kau pijak....
Kau tiada apa.....
Lalu engkau boleh buat apa????
Tercengang dan melihat sahaja kambingmu dimamah serigala?
Atau selamatkan kambing dan kau juga menjadi mangsa?
Lalu, engkau perlu bagaimana?

BuangKontroversi, TingkatkanPrestasi, ElakkanHasadDengki, BersamaMajukanDiri

Thursday, March 13, 2014

MH 370


Isu yang paling hangat dibicarakan saat ini,
Isu kapal terbang yang hilang dri radar, MH370,

Hilang tanpa berita,
Hilang tanpa diduga,
Tiada siapa yang tahu dimana keberadaannya,
Sudah hampir seminggu kapal terbang ini menghilang,
Pelbagai usaha yang telah dilakukan,
Solat hajat semakin giat,
Saat ini umat Islam Malaysia semakin tinggi kebergantungan kepada Allah,

Sebelum ini,
Kemarau berpanjangan tanpa hujan,
Maka, giat usaha dirikan solat istisqa',
Tidak usai lagi isu kemarau,
hilang pula MH370,
Solat hajat didirikan.

Apakah sebenarnya Allah sedang rindu mendengar keluhan rakyat Malaysia?
Apakah sebenarnya hikmah di sebalik ujian ini?

Manusia terus diuji,
Bila diuji kita mendekati,
Bila sudah jumpa solusi,
Kita lari lagi,
Jauh drpd Ilahi,
Maka, ujian datang silih berganti,
Supaya akal dan hati terus terpatri,
terikat mati fikiran juga qolbi hanya pada Allahu Robbi!