Wednesday, November 13, 2013

جواز السفر

"Harap maaf. Permohonan utk membuat passport malaysia antarabangsa tidak diterima. Kami sedang mengalami masalah sistem."

Pergh! Almost half an hour waiting dari jam 7.25 am di wisma persekutuan. Tiba-tiba dengar pengumuman sebegitu. Uncle depan belakang dah bising. Tapi, memandang aku dah sampai di muka pintu untuk mengambil nombor giliran. Kutahan juga kaki dari terus melangkah pulang. Apa taknya, dah tiga hari line ambik nombor giliran memang bersimpang siur.

Dari perbualan orang ramai, aku terdengar, ada yang dari putrajaya, kuala lumpur, dll. Turun seremban utk buat passport sbb katanya, sehari cuma dikeluarkan 200 keping passport aje. Jadi, kalo kat area urban mmg sekejap je habes nombor tu.
Aku pun mengangguk aje. Mengiayakan. Entah betul, entah tidak.

Dapat nombor giliran. 1112.
Now. 1005.
Another 100 ++ to go.

Sabar aisyah! Sabar. 
Keep smile and, teruskan menunggu. Kan dah biasa tunggu bas dulu, kali ni pun tunggu lagi.

Orang sibuk study, kita sibuk g sana-sini.
#TodayBalikKuantan #IfPassportSiap


ترجوا النجاة ولم تسلك مسالكها # ان السفينة لاتجري على اليباس

SK Ampangan

Sek Keb Ampangan.
Hari ini, memijakkan kaki ke sekolah itu pula setelah 7 tahun kutinggalkannya. Sekolah yang di sana aku belajar erti kepimpinan dan disiplin. Bermula seawal di SKTU 2 sehingga ke SKA aku dilatih dengan ciri itu.

Pada mulanya, aku menolak utk memberi talk pada hari ini kerana penceramah asal iaitu sahabatku, husna yaakob hadir. Tapi, setelah dipaksa, kusampaikan juga pengisian dengan adik sendiri menjadi pendengar. Hari ini, lebih lancar idea untuk bercakap sebab sudah kali kedua.

Kalau semalam, aku bercakap di depan, ada yang baring kat belakang. Bosan. Tak faham. Penat agaknya.
Tapi, hari ini, adik2 SKA nampak begitu semangat dan fokus mendgr kata2ku. Aku pun jadi lupa akan masa. Leka bercakap. Begitulah aku, kalau dah dapat mike, susah nak lepas.

Selesai talk. Solat asar. Balik.

"Sarah, faham tak apa yang esyah ckp tadi?"
"Hmmm.. faham, tapi, ada juga yang tak faham."
"Ouhhh... kenapa tak faham?"
"Hmmm.. bahasa ko tinggi sangat -.-"

Aku rasa dah cukup kurendahkan bahasaku hari ini, tapi, rupanya tak cukup untuk budak2 kecik ni -.-"

#TeruskanUsaha #TingkatkanBelajar #TambahPengalaman

First Experience

Alhamdulillah.
Done with one school.
Another two school to go.
What an experinpence for today.
Giving talk to SK Taman Paroi Jaya.
May allah give me the ability and chances to keep on berbakti kepada bumi kelahiranku.
Program sahabat al-quran 

خير الناس ينفع للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia,

Wednesday, October 2, 2013

Wanita: Dimana tempatku??

"Sejauh mana kepentingan wanita hari ini untuk belajar tinggi dan menjadi wanita berkerjaya pada masa akan datang? Awak bayangkan kalau satu company tu ramai perempuan, kahwin pada hari yg sama dan mengandung dan bersalin dalam satu masa... tak ke muflis company tu? Apa kata orang perempuan tak yah belajar tinggi-tinggi. Ngaji kitab, pergi pondok, nanti, dah kahwin boleh didik anak-anak dengan tarbiyah Islam. Tak pun, balik dari belajar buka taska, jadi cikgu PASTI. Tak perlulah nak kerja kat bank semua ni, akhirnya jadi Isteri kena dengar cakap suami juga, layan suami juga, didik anak-anak juga..."

Terpempan aku petang ini dengan pandangan yang dilontarkan itu. Seorang yang sebelum ini memotivasikan kami semua untuk menjadi Pakar Ekonomi dan Penasihat Syariah kini telah berpaling ke satu pemikiran era tradisional.. Argumen dan hujah yang diberikan memang suatu yang tidak dapat aku sangkal akan kesohihannya.

Ya! Wanita perlu didik anak-anak dan layan suami,
Ya! Rumah itu perlu dijaga rapi,
Ya! Dapur juga mesti berasap berapi,
Ya! Masalah sosial kini semakin menjadi-jadi,
Apatah pula dikemudian hari.
Maka, pada siapa harus diletakkan harapan yang tinggi,
Melainkan para ibu dan isteri,
Untuk mempersiapkan diri, 
Menjaga anak dan keluarga di kemudian hair.

Tapi,
Mana mungkin aku padamkan hasrat hati dan cita-cita ini,
Setelah setahun aku lalui,
Dengan penuh azam dan tekad kusemat di hati,
Menggengam ijazah dan jadi isteri misali,
Semua itu tidak mudah malah tuntut pengorbanan diri.

Aku kira wahai wanita,
Teruslah menuntut ilmu,
Jadilah apa yang kau mahu,
Kejarlah kerjayamu,
Tetapi, dapur dan rumah tetap menunggu,
Meski kau penat dan keliru,
Usai tugas di bidangmu,
Jangan lupa ada anak utk disusu.

Keluarga itu yang utama, tetapi, cita-cita juga tak boleh kulupa. 
Dunia hari ini, meski duit bukan segala tetapi, segalanya perlukan duit. 
Moga usaha aku mencapai cita-cita hari ini utk akan datang,
Allah redha dan manusia juga redha.

Moga ada manfaatnya untuk ummah.
Moga ada baiknya buat isi rumah.

Aku harap aku tak lalai, aku tak alpa,
Kerana manusia biasa lupa,

#marikejarcita-cita

Monday, August 5, 2013

Alkisah 27 Ramadhan

Sedang sibuk mengemas bilik dan rumah, dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Pemergian seorang saudara terdekat akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dri Manjung, Perak ke Kuala Lumpur.

Aku ketika itu sedang begitu asyik mengemas bilik kerana sejak berada di perantauan (Kuantan) dah tak care dah sangat bilik macam mana sebab balik pun beberapa kali dan sekejap sahaja,, tetiba adik lelaki datang dan memberitahu dengan nada perlahan: "Kemas barang nak balik kampung. Abang bob eksiden, meninggal."

Kata-kata adikku itu seolah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku menyambung kemas dan berfikir seketika. "Eh! betullah meninggal? Salah dengar ke?". Aku menyoal adikku bagi mendapatkan kepastian, seolah-olah otakku tidak mampu menghadam kata-katanya itu dan sejujurnya aku seperti rasa "diprank" tapi, takkan soal hidup-mati hendak dijadikan gurauan.. Aku seperti tidak dapat berfikir, bukannya apa, arwah masih terlalu muda dan berita itu sangat mengejutkan. 

Lantas, terbayang wajah anak kecilnya yang belum sampai 2 tahun dan begitu manja. Saat itu, aku benar-benar diuji dengan keyakinan pada qada dan qadr.. Maka, benarlah kata Allah:

"Apabila telah sampai ajal kamu, maka tidak akan dilambatkan walau sesaat dan tidak akan dicepatkan (walau sesaat)."

Sesudah mengemas barang-barang untuk pulang ke kampung, kami pun bertolak seramai 7 beranak menaiki CRV dan berjanji bertemu dengan ayah di RnR sungai buloh. Aku mengambil keputusan untuk membaca al-quran kerana seakan masih belum boleh menerima dan perlu mencari kekuatan dan nasihat direct dari Allah.

Maka, Allah jua yang memperkenankan kehendak hambaNya.. Aku terbaca ayat daripada surah Al-Hadid ayat 22 dan 23

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (luf mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang lupa daripada kamu dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadaMu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan suka membanggakan diri."

Maka, ingatlah, nyawa dan ajal kita ini di tangan dan kuasa Allah semuanya dan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan hiburan.. Maka, barangsiapa yang menjadikan dunia ini sebagai jambatan untuk berjaya di akhirat kelak, maka, merekalah orang yang berjaya,, sementara, mereka yang leka dan menganggap dunia ini segalanya, maka, merekalah orang yang rugi dan merugikan diri sendiri.. 

Tidak kira muda atau tua, sihat atau sakit, semuanya. SEMUANYA harus mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk menempuhi sakit sakaratulmaut, alam ruh, alam kubur, dan alam akhirat DAN KEKAL ABADI....! 

p/s: rasa macam malam tadi LailatulQadr, tapi, Allah lebih Mengetahui..

Sunday, July 28, 2013

Bila Diuji.....? :'(

20 Ramadhan sudah hari ini.. Alhamdulillah, sedang memasuki fasa-fasa terakhir.. Sayu juga hati mengenangkan ramadhan akan berlalu pergi tak lama sahaja lagi..

Usai solat Zuhur, kucapai Al-Quran berkulit merah yang kubawa. Demi menjaga maslahat dan agar tidak ada yang terganggu dengan bacaanku (kerana di dalam pejabat ada yang non-muslim), aku putuskan untuk baca di luar pejabat di bawah khemah walaupun sedikit panas berbanding di dalam pejabat.. 

Aku buka helaian muka yang telah kutanda.. Alhamdulillah sudah memasuki Surah Al-Ankabut.. Sampai pada ayat kedua, aku sedikit tersentap walaupun ayat ini sudah biasa aku dengar lewat sesi usrah dan tazkirah bersama sahabat-sahabat..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman", dan mereka tidak diuji? 

Allah.! Bulan Ramadhan ini banyak juga nikmat Allah beri, banyak juga ujian dia.. Maka, jika kita selusuri sirah para nabi, kita akan dapati betapa mereka itu sangat banyak ujian yang diberikan oleh Allah.. Semakin pula mereka diuji, semakin pula mereka beriman.. Dalam hal ini, para sahabat juga tidak kurang hebatnya.. 

Tapi, tidak tercicir juga golongan yang lemah dan tersungkur bila diuji tambahan pula jika diuji dengan kesenangan sepertimana kisah Ka'ab Bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Al-Rabi yang tercicir dalam perang Tabuk serta tidak ikut serta kerana diuji dengan tanamannya yang masak ranum sehingga dimurkai Allah malah, turunnya ayat 118 daripada surah At-Taubah disebabkan oleh peristiwa ini..

Begitulah manusia, jika diuji dengan kesusahan kita lemah dan jika diuji dengan kesenangan kita alpa.. Maka, untuk menempuhi ujian itu, perlunya kepada MUJAHADAH yang tidak mudah.. perlunya TAQARRUB pada sang pencipta, Allah.. 

Perkara paling utama apabila diuji ialah BERSABAR. BERSABAR dan BERSABAR kerana sesungguhnya, Allah bersama orang bersabar 




Maka, berkesempatan dengan fasa terakhir ini iaitu fasa pelepasan dari api neraka dan fasa memburu LailatulQadr.. Rebutlah ia yang datang setahun sekali.. Jadikan Ramadhan kali ini Madrasah Tarbiyah paling jaya buat kita mencapai hasil yang Allah telah janji iaitu menjadi orang yang bertakwa :)

Ujian datang silih berganti pada hamba,
Tanda Allah ingat pada kita,
Bukan sengaja-sengaja,
Tapi, ada sebabnya..

Dalam bercinta begitu juga,
Kadangkala, uji si dia,
Apakah masih kasih dan terus setia,
Walau badai datang melanda...

Maka, pohonlah kekuatan,
Jadikan Dia tempat kebergantungan,
Gantung pada pokok, dahan kan patah,
Gantung pada manusia, selalu kecewa,
Gantung pada Ilahi, kudapati cinta sejati.....

Friday, July 26, 2013

Alkisah 17 Ramadhan - Nuzul Quran, dekatnya dengan lailatulQadr

Ya. Semakin hari kita semakin menghampiri LailatulQadr. Peristiwa penurunan Al-Quran, mukjizat teragung ini tercatat dalam banyak kalam dan ayat Allah..

Hari ini, setengah hari aku dihabiskan di Hospital tengku Ampuan Afzan kerana menemani seorang sahabat KIBA yang ditahan di wad sakit puan. Hari ini, darah satu beg disalurkan ke dalam badannya.. Dia kelihatan agak lemah tapi, masih kuat bercakap.. Sekali sekala dia akan mengerang menahan sakit.. Sayu aku melihat kesakitannya yang tak tertanggung.. Sekali sekala, dia akan berselawat, begitulah, dia bakal Ustazah yang akan ke Mesir bulan 9 ni..

sekali sekala akan ada doktor yang datang memeriksa itu dan ini.. Aku dapati layanan yang mereka berikan cukup baik dan sangat lembut.." Baguslah, di Mesir nnti, takkan dapat layanan sebegitu", bisik hatiku.. Hampir jam 12.30 pm keluarganya sudah mula datang menziarahi.. Aku meminta izin pulang.. Keadaan sesak di Bandar Kuantan.. Memang sakit jiwa dibuatnya,. Sangat menguji kesabaran di bulan Mulia ini tambahan pula aku sudah mula mengantuk kerana terlalu penat sehinggakan aku terlelap seketika ketika memandu, Alhamdulillah, semuanya baik sahaja..

Rasulullah pernah bersabda: "Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia ialah masa lapang dan nikmat kesihatan"..Maka, bersyukurlah atas nikmat yang kelihatan mudah ini.. Moga tidak diuji dengan kesakitan..

Aku dari kecil tidak pernah sakit terlantar yang begitu teruk, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital.. Jadi, sangat bersyukur.. Ziarah ke hospital hari ini sangat mendatangkan rasa syukur dalam diri.. Melihat pesakit yang pelbagai ragam dan pelbagai penyakit.. Semoga Allah beri mereka kesembuhan :)

Pada malam harinya, kami beriftar di Masjid Inderapura.. Sempat aku bertemu dengan pensyarah subjek ekonomi di IKIP dulu.. berborak sekejap sebelum meminta izin masuk ke masjid.. sebelum berpisah, sempat Sir Zamri bersuara "Dah  semakin tua dah kita sekarang.. dulu, muka2 lepas SPM je.. sekarang tak dah".. Aku hanya tersenyum.. Ya, mengaku diri ini semakin matang.. Selepas teraweh, sempat mendengar tazkirah oleh Ustaz Zainuddin, Imam Besar Masjid IM yang menggantikan Ustaz Yusof Embong..

5 hak Al-Quran yang perlu kita penuhi:
1. Iman wa Tanzil yaitu meyakini bahawa Al-quran adalah petunjuk dan mukjizat dari Allah dengan keyakinan yang sebenarnya..
2. Tadarus wa Tilawah yaitu bacaan Al-quran
3. Tadabbur wa Tazakur yaitu meniliti dan memahami makna ayat2 Alquran dan saling mengingatkan
4. Hukum wal iqamah yaitu hukum Allah yang telah tetap di dalam Al-quran itu perlu kita tegakkan dan laksanakan dengan sebaiknya
5. Tabligh wa Tibyan yaitu menyampaikan kepada orang lain dan menjelaskan..

Sabda Rasulullah : "sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"

Ustaz juga sempat mengajak jemaah untuk sama2 memeriahkan Masjid dengan iktikaf pada 10 malam terakhir ramdhan

p/s: pengalaman kerja di IKIP mematangkan dan mendewasakan aku... rasa, macam dah besar sekarang :p

Eh, dah 18 ramadhan,,,,,,!!!! tak sabarnya 10 malam terakhir

Alkisah 16 Ramadhan - meniti Nuzul Quran

Bas IKIP pulang ke Bandar Putra yang tidak pernah lewat sebelum ini malah datang lebih awal (waktu bulan ramadhan je sbb balek 3.30ptg) tiba-tiba lambat.. Adik-adik yang sudah bergelojak rasa ingin pulang dan membeli tiket bas jam 4 ptg sudah tidak senang duduk.. Lagi 30 minit bas akan bergerak meninggalkan Kuantan dari Terminal Bas tetapi mereka masih di IKIP 5 menanti bas.. "Jam" teruk yang berlaku di Kuantan menyebabkan bas sangat lambat..

Hujan mulai turun renyai-renyai membasahi bumi Indera Mahkota.. Mereka hampir buntu apa yang perlu dibuat, terus menghubungi Mudir. Mudir juga tidak tahu bagaimana untuk membantu. Kasihan mengenangkan nasib mereka, laju tanganku mendail no Ustaz Fared.. Aku kira dia mungkin boleh membantu kerana keretanya besar samaada menghantar mereka atau mungkin meminjamkan kereta..

"Saya bincang dengan Ustaz Rashimi (Mudir KIBA) dahulu", itu kata putus dari beliau..Jarum panjang di jam sudah bergerak ke angka 8.. tepat jam 3.40pm.. "Kita berhentikan sahaja mana2 kereta yang lalu", cadang Naza seorang pelajar yang aku kenali memang tabah jiwanya.. Rezeki memang di tangan mereka.. Selang beberapa saat, sebuah kereta dipandu pakcik maintance datang.. Sebaik penumpang terakhir masuk ke dalam kereta.. muncul inova hitam dan alza silver milik Ustaz Ustazah yg baik hati dan cuba membantu..Akhirnya, mereka ke terminal menaiki sebuah kereta seramai 7 orang..

"Aku patutnya tadi tak perlu call ustaz pun takpe. Kata nak bagi diorang belajar berdikari.. tapi, aku jugak yang manjakan diorang.. Patut biar diorang fikir selesaikan masalah sendiri, ni tidak,... ", bisik hatiku.

Entahlah, keakraban ini, kemesraan ini, ukhwah ini, kadangkala buat hatiku gusar dan resah bila kalian susah.. Sepatutnya, kuberikan ruang da peluang untuk belajar berdikari.. Ya! itu yang sebaiknya kerana pengalaman mematangkan manusia..

p/s: Kuantan is really in a big mess with all of the traffic and one-way road.. Perjalanan sekejap jadi lama.. Sesak memanjang.. Katanya, untuk kemajuan kuantan semua ini -.-"

Tuesday, July 23, 2013

15 Ramdhan

Malam ini malam ke-15 Ramadhan..
Cepat sangat masa berlalu..
Dua tiga hari ni bulan mengambang je aku tengok..
Subhanallah, indah sangat..
Tak lekang bibirku dari tasbih memuji Allah tatkala melihat keindahan Allah itu..

"Ya Tuhan Kami Tidaklah Engkau Ciptakan Ini dengan sia-sia; mahasuci engkau, lindungilah kami dari azab api neraka" (Ali-Imran: 191)

Tatkala melihat bulan purnama itu jugalah selalu terlintas di dalam hati:
"Bagaimana ya keindahan wajah Rasulullah?"

Sahabat ketika menceritakan tntg keindahan susuk nabi,. :
"Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan."

Dijelaskan oleh Abbuya Al Allamah Al Musnid Al Habib Muhammad bin ‘Alawy Al Maliki tentang perbedaan wajah nabiyullah Yusuf As dengan wajah nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika para wanita memotong jari-jarinya karena terpesona saat melihat wajah nabi Yusuf As (QS. Yusuf : 31),

Abbuya As Syaikh Muhammad bin ‘Alawy Al Maliki Ar menukil salah satu riwayat sahabat bahwa wajah Rasulullah yang ada didunia ini hanya dilihatkan yang 1 bagian dari 10 bagian keindahan wajah rasulullah, yang 9 bagian lainnya akan di perlihatkan kelak di telaga haudh, Allah tidak menampakkan keindahan wajah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam secara keseluruhan di muka bumi karena jika yang 9 bagian itu ditampakkan dibumi maka orang-orang akan mengiris hatinya tanpa terasa karena indahnya wajah sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Subhanallah… wallahu a’lam (sumber: http://al-syahbana.blogspot.com/2013/04/ketampanan-wajah-nabi-muhammad-saw.html#ixzz2ToMAnc2q)

"Ya Allah. Moga mata yang akan melihat wajahMu ini nanti tidak melihat sesuatu melainkan dengan penglihatan itu bertambah cinta dan iman padaMu.. Moga 2 mata ini layak melihat wajahMu dan rasulMu di akhirat nnti meski mata ini tidak kujaga sebaiknya.. Ampunkanlah dosaku atas penglihatan yg penuh dosa"

Sunday, July 21, 2013

Alkisah 13 Ramadhan

Rakaat pertama solat isya' di Masjid Negeri Kuantan...,, imam ada membaca ayat 186 dari surah Al-Baqarah.. Ayat yang selalu membuat aku terpempan dan rasa ingin menangis ketika mendengar atau membacanya..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) SENTIASA HAMPIR (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka MENJADI BAIK (TERBIMBING)"

Maka, sesungguhnya Allah itu dekat dengan hambanya,, dalam ayat lain Allah ada berfirman:

"Sesungguhnya AKU lebih dekat dari urat lehermu" (QS Qaaf 50:16)

Terharunya.. Sweet sangat Allah cakap macam tu.. Kalau biasa dengar lagu Kazim Saheer dah rasa habis sweet dah, tapi, kalam Allah.. Ya Robbi!.. Sweet Habesss...

____________________________________________________________________

Fasa Maghfirah sekarang ni, tiada apa lain yang perlu kita pohon melainkan keampunan Allah.. Rasulullah sendiri menasihatkan kepada para sahabat untuk memohon daripada Uwais Al-Qarni utk mendoakan diampunkan dosa dan dilepaskan dari azab neraka apabila bertemu dengan ahli tabai`in kibar ini kerana doa Uwais adalah antara doa yang tidak ditolak oleh Allah .

Itu sahabat. Sahabat Rasulullah sendiri baginda minta untuk mohon keampunan. Ini pula kita,, kita rakyat jelata, masyarakat biasa yang imannya bolak balik entah ke mana, yang sehari-hari bergelumang dengan dosa, tidak kira kecil atau besar.. Bertambah-tambahlah perlu mohon keampunan.. Sebesar mana pun dosa itu Allah akan ampunkan sebab Allahkan Maha Penerima Taubat, Maha Pengasih, Maha Penyayang kecuali dosa orang yang mensyirikkan Dia..

Allah juga beri jaminan yang Allah memperkenankan doa ORANG YANG BERDOA kepadanya.. Syaratnya, adalah BERDOA pada Allah.. Maka, mohonlah.. Jangan malu dan Jangan Ego untuk sujud pada Allah dan berdoa padaNya jangan jadi seperti egonya Iblis hingga dijamin ke Neraka..

"Siapa mendekat kepada KU (Allah) sejengkal, maka aku akan mendekatinya satu hasta, Siapa yang mendekat kepada KU (Allah) satu hasta, maka aku akan mendekat kepadanya satu depa. Dan siapa yang mendekat kepada KU (Allah) dengan berjalan kaki, maka aku akan mendekatinya dengan berlari-lari kecil" (HR Muslim)

Allah tak pernah lupakan kita sehinggalah kita dahulu yang melupakan Dia..
Ingat, jika SYAITAN TIDAK PERNAH PUTUS ASA mengajak dan berusaha memasukkan kita ke neraka, mengapa kita perlu berputus asa berusaha untuk masuk ke Syurga Allah..

p/s: Aku dapati, masuk fasa ke-2 Masjid Negeri semakin kurang jemaahnya, shopping complex bertambah pelanggannya.. apa nak jadi? LailatulQadr masih menanti "cream of the cream" orang yang berpuasa.. Moga Allah temukan kita dengan LailatulQadr

Friday, July 19, 2013

Al kisah 11 Ramadhan

Dalam perjalanan pulang di dalam bas dari solat terawih, aku mengisi masa dengan surah Al-Mulk.. sampai pada ayat kedua, aku sedikit sentap..

"Yang menciptakan kehidupan dan kematian utk MENGUJI SIAPAKAH DI ANTARA KAMU YANG PALING BAIK AMALANNYA.."

Lantas, bergenang air mataku memikirkan amalan aku.. Perjalanan balik dari solat terawih malam itu memberi ruang aku muhasabah seketika..
_______________________________________________________

Maka, aku berkira apakah amalan aku yang sedikit dalam bulan ramadhan ini tergolong dalam "PALING BAIK AMALANNYA"..

Teringat pula akan sabda nabi Muhammad SAW ketika ditanya apakah amalan yang palin baik.. Maka jawab baginda "Amalan yang sedikit tetapi berterusan (istiqamah)"

Mudah untuk mula solat terawih 20 rakaat tetapi aku mengaku susah untuk istiqamah mendirikan 20 rakaat terawih jika tidak dengan keinginan yang tinggi..Mudah untuk mula sedekah tetapi mencabar untuk istiqamah sedekah terutama di waktu kesempitan..

Ya! Untuk meraih syurga Allah itu hakikatnya bukan mudah dan bukan pun kerana amalan kita Allah beri kita Syurga tetapi kerana rahmantnya tetapi dengan amalan kebaikan itu sebagai wasilah (jalan) untuk "mengambil hati" pemilik Syurga untuk menghadiahkannya buat kita..

Umpamanya, seorang lelaki ingin mengahwini seorang perempuan, maka, dia akan berbuat baik dengan wali perempuan itu agar mudah untuk dia mendapatkan perempuan itu... begitu jugalah syurga yang ALLAH adalah Pemiliknya, maka siapakah kita untuk berkira-kira untuk berbuat kebaikan jika Syurga itu impian kita..

Muhasabah diri bersama dalam memasuki fasa maghfirah ini, moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan menerima taubat kita..

p/s: sesiapa ada kesempatan dan upaya untuk belajar Bahasa Arab maka, belajarlah sebaiknya,, supaya mudah untuk memahami kata-kata Allah (Al-quran) ketika anda membacanya, jika tidak tambahkan usaha dengan baca terjemahan, semoga dengan itu hati terketuk untuk menerima hidayah :)

Saturday, July 13, 2013

Alkisah 4 Ramadhan :: Berbuka awal 4 minit??

Alhamdulillah, hari ni diberi peluang berbuka puasa di Masjid Kuantan bersama dengan adik2 KIBA..
Sementara menunggu azan berkumandang, ada yang membaca Al-quran dan tidak kurang juga yang membaca doa pada waktu mustajab ini

Kedengaran jelas "Allahu akbar 2X"
Jam di tangan kulihat. hmmm,, baru 7.19 .. mungkin jam aku yang salah kot..
"Allahumma lakasumtu...........hingga akhir doa"
Tanganku terus mencapai kurma di dalam pinggan dan makan..

"Eh, kenapa tak sambung2 lagi azan ni?", aku bersuara

"hmmm,, mike masjid rosak kot, kita je yang tak dengar.. hari tu pun ada rosak jugak", kata seorang sahabat

"Eh..agaknya muazzin makan dulu ke lepas bagi isyarat bukak tadi.. hehe", aku berseloroh..

"Maaf ye,, tadi tu kami testing je", speaker masjid berbunyi. (rasanya muazzin tersilap azan bukan case testing mike ni)

Semua jemaah yang tengah berbuka puasa tadi terpana dan ......
Ada yang dah tertelan makanan ada yang dah teguk air pun...
___________________________________________________________________

Timbul persoalan, adakah jemaah yang berbuka puasa awal tadi perlu ganti puasa mereka??


Maka, ulama' mujtahid telah khilaf dalam isu ini..
1) antara yg mghukumnya batal dan wajib qadha (mzhb syafei dll)
2) x batal dan x wajib qadha.

mungkin utk taufiq kedua2 pendapat ini ialah batal puasa jika terus juga makan dan wajib qadha. Manakala jika imsak kembali dan luahkan makanan@kumur, tidak batal dan tidak wajib qadha. Wallahuaklam bis Sowab. (min qaul: Ustaz Zuridan Mohd Daud Al-Teminie, pensyarah UMP gambang, kelulusan bidang usul fiqh)

"Satu lg waktu terbenamnya matahari mgikut jadual yg disediakan adalah dlm bentuk "taqriiby" bukannya dlm bentuk "tahdiidy" . Jadi perbezaan beberapa minit shja x mnjejaskan puasa jika dianggap matahari dah terbenam. Walau bagaimanapun adalah lebih baik sehingga diyakini terbenamnya matahari." (min qaul: ustaz خيرالعزمي اسماعيل الماليزي, naib mudir maahad tahfiz darul fiqri, kelulusan usuluddin hadith)

dan, begitu juga jwpn yg diberikan oleh Dr Khalid bin Abdullah Muslih apabila ada yang bertanya bagaimana jika berbuka awal 5 minit kerana menyangka telah masuk waktu, maka, jika mereka imsak semula ketika itu (tidak meneruskan makan & minum) ketika mana telah nyata bahawa sebenarnya belum masuk waktu (azan 1 silap) maka, tidak perlu qada' puasa pada hari tersebut... (boleh rujuk link ni:https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=fobbWu44toY)

Namun, saya lebih cenderung untuk mengambil langkah ihtiyat (berhati-hati) dalam hal ini kerana mungkin semalam ada yang tidak pasti sudah telan atau belum makanan,, tidak pasti adakah imsak semula selepas itu.. maka, jika anda tidak pasti,,.. ada baiknya untuk meng qada' semula puasa semalam... Wallahualam

Monday, June 3, 2013

1st Day Work @ KIBA

Assalamualaikum..Bismillah..

Alhamdulillah, selesai sudah satu hari yang agak memenatkan sebagai kerani@pembantu warden KIBA.. hari ini, ditugaskan utk key in data students KIBA.. maka, aku dan adibah dgn gembiranya mengisi masa yg ada dgn tugas yg diberi.. sedang sibuk2 membuat kerja, ada pula yg telefon kata nak buat meeting Persatuan.. Aku pun tidak begitu terkejut cuma tidak pasti tentatif dan tujuan meeting.. Keadaan juga agak sukar bagi aku sbb tiada BOBY,, kereta kesayanganku.. agak lumpuh juga pergerakan aku di Kuantan ni lantas aku teringat bagaimana dahulu rasulullah berhijrah ke Madinah.. perjalanan yang jauh dan memenatkan tapi, kerana wahyu dan perintah Allah, rasulullah tetap jua tabah.. Maka, aku jua perlu tabahkan diri dalam perjalanan ini dan jalankan amanah serta tanggungjawab sebaiknya..

Oh ya! berbalik kepada meeting tadi.. setelah berbincang-bincang, ketua memutuskan utk membuat meeting di ECM (aku tahu tmpt ni mcm nk dating je) dan dia meminjamkan aku keretanya utk ke sana (Alhamdulillah,, mujur) Aku kemudian menjemput sahabat sepersatuanku di rumahnya dan sampai d ECM agak lewat dri yg dijanjikan namun, sudah kumaklum kpd ketua akan kelewatan itu.. di ECM, mereka cdgkn utk meeting di KFC.. Aku menggaru kepalaku yg tidak gatal ini dan berfikir bagaimana persepsi masyarakat jika melihat 3 org perempuan dan 2 org lelaki duduk sekali di KFC (tmbh pulak kala makan2).. Ya! ini boleh menimbulkan fitnah..Aku tahu, fitnah dan thoughts perlu dielakkan sebagaimana rasulullah yg kita itu baru berkahwin dgn Sufiah Bt Kuyai seorg wanita Yahudi. Ketika mereka berdua berjalan-jalan. Mereka terserempak dgn dua org sahabat yg kelihatannya seperti "smell something fishy" kepada rasulullah dan Sufiah. Maka, rasulullah memanggil sahabat tersebut dan memberitahu bahawa sufiah adalah isteri baginda..

Maka, atas tujuan utk elakkan fitnah.. kami berlegar di sekitar ECM utk mencari tempat yg sesuai tetapi, akhirnya tak ditemui.. bersirap juga darah menahan sabar ketika itu kerana kami mengejar masa kerana masing2 ada tugasan yg perlu diselesaikan.. bincg2 semula,, putuskan utk meeting di Blackstone Beach pulak.. Aku dgn keadaan yg sakit perut ketika itu dah tak boleh fikir apa2 dah... terus memecut ke BB.. akhirnya,, meeting yang mengambil masa perjalanan selama 1 jam lebih itu cuma memakan masa 30 minit di meja makan Blackstone Beach.. punyalah sakit hati tetapi, akhirnya BERSABAR...

Akhir kalam daripada pengerusi .. "nanti ana post kat group kenapa ana minta ke ECM tadi."... dengar je ECM, aku terus rasa bengang.. memecut kereta pulang ke IKIP 5 utk selesaikan key in data.. akhirnya, jam 5.30 kami berhenti dan balik menumpang Ustaz Aziz.. teringat fes day KIBA dulu pun tertinggal bas, begitu juga kali ni :)..

moga esok lebih baik dan tak tertinggal bas :)

Saturday, March 23, 2013

Economist and Syariah Advisor pilihan aku... ^.^



Alhamdulillah dan tahniah buat adik2 lepasan SPM 2012 di SHAMS dan KISAS atas kejayaan entum semua. Sudah pasti, sekarang korang mesti semua sangat sibuk memikirkan job prospek dan bidang mana untuk dipilih. Sebagai, BEKAS lepasan SPM, saya ingin mempromosikan antara bidang profesional yang orang pandang enteng iaitu, ECONOMIST atau SYARIAH ADVISOR...

Kalau buka web MARA, korang akan dapati ada byk tempat yang ditawarkan utk course ekonomi atau perbankan tetapi saya lebih nak fokus untuk Universiti di Jordan (Yarmouk)

1. LN0311 (EKONOMI-JORDAN)
2. LN0313 (PERBANKAN-JORDAN)
3. LN0602 (SYARIAH- IKIPJORDAN)

Untuk pilihan 1 dan 2, anda akan fly terus tahun ini selepas kursus persediaan di INTEC. Dan, pilihan 3, anda akan belajar 2 tahun di IKIP dahulu dan akan sambung 3rd and 4th year dekat Uni Yarmouk..

Actually, I am on of the person that choose no. 3 and now, I am on my second sem, first year at IKIP.. Of course, korang sangat excited nak fly ke Jordan kan? nak main salji? nak jalan2 and all.. and sebab tu korang akan pilih pilihan yang 1 atau 2

BUT

believe me,, kalau pilih no 3 korang WILL NEVER REGRET. ok. first, kena faham dan tahu yang pilihan ketiga itu adalah 

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH (EKONOMI DAN PERBANKAN ISLAM)

which is after 4 years studying, korang boleh bekerja di bank-bank sebagai syariah advisor atau economist.. atau, korang boleh jadi macam Dr. ZAHARUDDIN :) bukan sahaja pakar ekonomi islam, malah seorang penasihat syariah..


second things, bila masuk program ini, ini bermakna korang akan ada 2 tahun di IKIP, PAHANG, MALAYSIA dan 2 tahun lagi di Uni Yarmouk... and with this 2 years at IKIP,, saya jamin korang mampu score MUMTAZ bagi 4 sem berturut-turut dan bila fly ke Jordan, CGPA korang dah strong dan, korang tak perlu nak struggle sangat untuk graduated and listed in DL..

Kenapa boleh MUMTAZ di IKIP dengan mudah??
1. Lecturer-lecturer yang mengajar adalah orang Melayu dari lepasan Al-Azhar dll
2. Mereka bercakap dalam bahasa melayu untuk memahamkan anda dan akan MENGGALAKKAN anda bercakap dalam BAHASA ARAB with great improvement
3. Sistem pemarkahan Yarmouk adalah 50% carry mark (from lecturer IKIP) and another 50% mark from final exam which is marked by lecturer Yarmouk. All the lecturer will help you getting the highest carry mark as possible so that it can promised you high score for FINAL EXAM.
4. Silibus and books are from Uni Yarmouk,,, yet, lecturer from Malaysia..

DAN,, perkara yang paling suka belajar di IKIP ini adalah kerana lecturer2 yang mengajar sangat baik dan penyayang :) 
Anda juga dapat IMPROVE your arabic language sebab ........
1. ada lecture Arab from Tunisia yang tak faham bahasa lain other than Arab or English,, so, try to be with him (like I do)... trust me,, it really improves your language.
2. ada siri-siri mukhayyam Arabiy yang korang takkan dapat lupa sampai bila-bila..
3. dan BANYAK LAGI yang couldnt be explained here :)

FYI, this field (Economy and Islamic Banking) has a big opportunities in the future... WHY??
1. because, WORLD nowadays had realised that SISTEM ISLAM is way much better than SISTEM KONVENSIONAL.
2. Malaysia is one of the hab for economy and islamic banking so,, it needs more economist and syariah advisor..
3. WORLD is inneed for ECONOMIST and no more doctor or engineer.. hehe :)