Saturday, March 24, 2012

SPM

Assalamualaikum. ok dah 25 hb dah pon. dah basi dah cite psl SPM ni, tapi, tak kire nak cite jugak ok.!
Alhamdulillah. Bersyukur. Redha. Pasrah.
Gembira.

pertama: result saya bukanlah 11 A+ atau 11 A mcm 84 org kwn saya di KISAS dan 20 org kawan2 di SHAMS tapi, alhamdulillah
kedua: result ni mcm yg saya usahakan.
ketiga: Bersyukur.

ok! igt lagi waktu f4 saya saya pindah ke KISAS. fes night masok sana, after solat maghrib, saya duduk sorg2 kat tepi tiang musolla n nangis waktu 2.. tak tahan kott dok jaoh2 drpd famili. pastu, ade akak 2 dtg pujok saya.. kdg2 2 dlm toilet waktu mandi, tetibe je air mata mengalir. selalunya, nangis dlm toilet supaya org tak nampak :p ade jugak 2 waktu f4 dah baring atas katil, tarik selimut, tutp muka n nangis. bile kol ibu, takleh ckp ape2. nanges je :(

tapi, bile dah f5, hati dah kuat. makin cekal. janji dgn diri sendiri taknak nanges lagi dah. hidup time f5, so much pressure. dgn masalah adek2 dorm, masalah KP, BADAR, majalah, training Hoki, training Hiwar and all. busy sgttttt sesgt2 smpi tak mampu nak fokus pada belajar. kdg2 2 mlm tido lewat smpi pukul 2, lps 2, dlm kelas ngantok. ade wak2 yg ckg buat kuliah, ngantok jugak. alhamdulillah,, ade sahabat2 yg bantu. berada dlm kelas 501, mmg stress sgt2. keliling sume bdk2 top. takleh leka n main sikit. kalau tak, mesti tercicir...

waktu f5 rasa mcm dah dkt U-U dah. sibuk memanjang. :( masa tu mmg tak sabar nak habeskan spm n tapi,, skrg ni, rasa rindu sgt dgn kesibukan 2, dgn suasana di KISAS, kuliah bio, kelas psi, tuisyen add math, kelas arab. rinduuuu semua kenangan 2. kenangan dgn sahabat atas keimanan :)

TERIMA KASIH,,,
ibu ayah sbb antaw esyah g KISAS. jenguk every week. bawak mknn. bagi I-talk. bagi duit utk bayar buku2. doakan esyah drpd jauh. mintak maaf kalau result ni tak membanggakan ibu ayah mcm result imah yg gempak dulu. :(

THANKS,,,,
ckg2, ustaz, ustazah, teachers, madam, sir and all. hakikatnya, anda adalah ibu bapa saya di sekolah. bersabar dgn kerenah saya. tak kecik hati bile saya ngantok dlm kelas. ajar saya dgn baik even sibuk dgn keje2 sbt. didik saya. beri kasih sayang. peluk saya. doakan saya. mintak maaf sbb taak dpt A+ utk balas jasa ckg2..

SYUKRAN,,,,
sahabat2 di KISAS, VEXED di kejauhan. korang ajar saya bile saya blurr. korang happykan saya bile saya pressure. saya sayang korang semua.

hakikatnya,, 10A 1B ini sudah cukup untuk membuatkan aku bersyukur~~~
insyaAllah,, dlm perancangan ke Jordan :) selamat tinggal Malaysia

Thursday, March 15, 2012

Planning...

Assalamualaikum to ollss..

ok!. now I would love to share my 5 years planning on this blog.. 2012-2017

2012-2013 : study for Sijil Tinggi Agama Malaysia di KISAS (18-19)
2014-2017: further my studies in bidang Bahasa Arab or Pendidikan Islam <<-- tak sure lagi either one. I plan to go Jordan or Mesir.. yg penting Timur Tgh. but, most probably Jordan. University of Yarmouk, Jordan. sejak baca novel Sinergi by Hilal Ashraf.. rasa teringin sangat2 utk belajar kat sini. :)

(Uni. Yarmouk)

in the study years jugak. most probably final year which is 2017 (23), I plan to get married with..... ??? *taktahu =.=' sape lagi. the misterious Mu'min..

" And among His Signs is this, that He created for you wives from among yourselves, that you may find repose in them, and He has put between you affection and mercy. Verily, in that are indeed signs for a people who reflect." (ar-rumm :21)


"Kita merancang, Allah merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang"

Friday, March 2, 2012

niat-intention-nawaitu

Assalamualaikum readers..
fuhh! seriuosly dah bersawang kot blog nih. memang ada NIAT nak post tapi, Allah tak bagi ilham lagi utk tulis ape kat sini.. soo,, aku pun merayau-rayaula tgk blog org lain. *aku? hmm biarlah... doesn't sound ganas kan ? biase je kan ?

ok. sedang aku stalk blog org 2, aku baca satu post nih hati <---- click there. waaaa... hati gua dah kering nih.. few days back, I keep thinking of bende pelik2. like what? hmmm,, its quite privacy to tell. benda pelik, perasaan pelik, mimpi pelik as if something is wrong somewhere....

aku nak petik sikit statement dlm blog kat atas 2 sbb aku rasa korg mesti malas an nak bukak ? betul tak ? wink2 *angkat kening double jerk* opsss.. sorry. tak leh nak right clcik kat blog dia so,, aku tak leh nak copypaste. huhu.

korang . korang mesti biasa baca or dengar or dah hafal da pun hadith psl niat kan?

"Setiap amalan itu bergantung kepada niat"

niat ni ape sebenarnya? adakah ia sesuatu yg kita sedar? atau tidak? niat terlalu hebat kerana dgn HANYA berniat perkara baik2, kita boleh dapat PAHALA. siyes, tak tipu punye... Allah baik kan ? Kita niat je pun baru nak gi masjid, tapi tetibe tak jadi... kita dah pun dapat pahala dah.. tapi, kalo korg niat jahat.... tak dapat pun dosa tau. Allah baik kan?

dan,, aku tulis blog nih pun. Allah kira niat aku nih. betul ke niat aku nak berpesan-pesan dan beringat-ingat sesama manusia utk elak kita rugi mcm Allah kata dlm surah an-nasr.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yg beriman dan yg beramal soleh, yang berpesan-pesan kpd kebenaran, yang berpesan-pesan kpd kesabaran"

atau

"Aisyah tu.! saje je tu nak tunjuk konkonon dia ade byk ilmu. padahal dia bukan baik sangat pun"

fuhhh!
Astaghfirullah 3x
*aku garu kepala yg tak gatal. aku tarik nafas dalam2. fikir. renung. mana satu niat aku?
siyes takut....!!! aku telan air liur. dan aku fikir....

insya Allah. Kerana Allah aku menulis di blog ini. Aku sebenarnya igt sangat nak ajak org2 yg aku tak terajak kat luar 2 walaupun aku rasa blog aku ni xde r femes mane pun. cume. cume. cume aku nak kongsi sikit-sikit je... ilmu aku tak banyak...
aku malu bile org tanya aku soalan sbb aku tak tahu...... ):
aku malu bile org rasa rendah diri kat aku sbb die INGAT aku banyak ilmu... ):
aku malu bile org kol aku pagi2 time aku tgh tidur, pastu tanya pasal hidayah.... ):
aku malu ...... ....... sbb aku tak banyak baca.
aku malu...... sbb aku gagal ikut suruhan Allah dlm wahyu pertama kpd rasulullah. Bacalah!
aku malu......... dgn diri sendiri...
aku sedih........ dgn diri sendiri....
aku marah...... dgn diri sendiri....

aku ni panas baran. emosi tak stabil. aku sedih sbb aku kuat marah.
aku baca Sinergi. dlm 2 ade hadis rasulullah psl "Jangan marah" tapi, aku tak leh ikut...

ok! aku sedar yg aku dah lari dari tajuk nih... aku tak tahu mcm mane nak ckp kat korang ek.
niat nih sesuatu yg kita selalu pndg remeh. niat itu adalah benda pertama yg korang nak bila korang buat sesuatu 2. paham tak???

so,, Aisyah. dan semua yg sedang membaca dan cuba nak paham apa aku kata nih. pegang satu benda....
"Niatlah yang baik-baik"

sebab, kalau kita buat sesuatu kebaikan dgn niat yg salah. kita akan dapat seperti ape yg kita yg niatkan tu..

Abu Hurairah yang berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apa yang kamu lakukan dengannya?' Dia menjawab, 'Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?' Maka dia menjawab, 'Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?' Dia menjawab, 'Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka."
[Hadith Riwayat Muslim]

nauzubillah. aku mohon perlindunganMu drpd apa-apa keburukan yg terlintas di dada Ku -.-