Usai solat Zuhur, kucapai Al-Quran berkulit merah yang kubawa. Demi menjaga maslahat dan agar tidak ada yang terganggu dengan bacaanku (kerana di dalam pejabat ada yang non-muslim), aku putuskan untuk baca di luar pejabat di bawah khemah walaupun sedikit panas berbanding di dalam pejabat..
Aku buka helaian muka yang telah kutanda.. Alhamdulillah sudah memasuki Surah Al-Ankabut.. Sampai pada ayat kedua, aku sedikit tersentap walaupun ayat ini sudah biasa aku dengar lewat sesi usrah dan tazkirah bersama sahabat-sahabat..
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman", dan mereka tidak diuji?
Allah.! Bulan Ramadhan ini banyak juga nikmat Allah beri, banyak juga ujian dia.. Maka, jika kita selusuri sirah para nabi, kita akan dapati betapa mereka itu sangat banyak ujian yang diberikan oleh Allah.. Semakin pula mereka diuji, semakin pula mereka beriman.. Dalam hal ini, para sahabat juga tidak kurang hebatnya..
Tapi, tidak tercicir juga golongan yang lemah dan tersungkur bila diuji tambahan pula jika diuji dengan kesenangan sepertimana kisah Ka'ab Bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Al-Rabi yang tercicir dalam perang Tabuk serta tidak ikut serta kerana diuji dengan tanamannya yang masak ranum sehingga dimurkai Allah malah, turunnya ayat 118 daripada surah At-Taubah disebabkan oleh peristiwa ini..
Begitulah manusia, jika diuji dengan kesusahan kita lemah dan jika diuji dengan kesenangan kita alpa.. Maka, untuk menempuhi ujian itu, perlunya kepada MUJAHADAH yang tidak mudah.. perlunya TAQARRUB pada sang pencipta, Allah..
Perkara paling utama apabila diuji ialah BERSABAR. BERSABAR dan BERSABAR kerana sesungguhnya, Allah bersama orang bersabar
Maka, berkesempatan dengan fasa terakhir ini iaitu fasa pelepasan dari api neraka dan fasa memburu LailatulQadr.. Rebutlah ia yang datang setahun sekali.. Jadikan Ramadhan kali ini Madrasah Tarbiyah paling jaya buat kita mencapai hasil yang Allah telah janji iaitu menjadi orang yang bertakwa :)
Ujian datang silih berganti pada hamba,
Tanda Allah ingat pada kita,
Bukan sengaja-sengaja,
Tapi, ada sebabnya..
Dalam bercinta begitu juga,
Kadangkala, uji si dia,
Apakah masih kasih dan terus setia,
Walau badai datang melanda...
Maka, pohonlah kekuatan,
Jadikan Dia tempat kebergantungan,
Gantung pada pokok, dahan kan patah,
Gantung pada manusia, selalu kecewa,
Gantung pada Ilahi, kudapati cinta sejati.....

