fuhh! seriuosly dah bersawang kot blog nih. memang ada NIAT nak post tapi, Allah tak bagi ilham lagi utk tulis ape kat sini.. soo,, aku pun merayau-rayaula tgk blog org lain. *aku? hmm biarlah... doesn't sound ganas kan ? biase je kan ?
ok. sedang aku stalk blog org 2, aku baca satu post nih hati <---- click there. waaaa... hati gua dah kering nih.. few days back, I keep thinking of bende pelik2. like what? hmmm,, its quite privacy to tell. benda pelik, perasaan pelik, mimpi pelik as if something is wrong somewhere....
aku nak petik sikit statement dlm blog kat atas 2 sbb aku rasa korg mesti malas an nak bukak ? betul tak ? wink2 *angkat kening double jerk* opsss.. sorry. tak leh nak right clcik kat blog dia so,, aku tak leh nak copypaste. huhu.
korang . korang mesti biasa baca or dengar or dah hafal da pun hadith psl niat kan?
"Setiap amalan itu bergantung kepada niat"
niat ni ape sebenarnya? adakah ia sesuatu yg kita sedar? atau tidak? niat terlalu hebat kerana dgn HANYA berniat perkara baik2, kita boleh dapat PAHALA. siyes, tak tipu punye... Allah baik kan ? Kita niat je pun baru nak gi masjid, tapi tetibe tak jadi... kita dah pun dapat pahala dah.. tapi, kalo korg niat jahat.... tak dapat pun dosa tau. Allah baik kan?
dan,, aku tulis blog nih pun. Allah kira niat aku nih. betul ke niat aku nak berpesan-pesan dan beringat-ingat sesama manusia utk elak kita rugi mcm Allah kata dlm surah an-nasr.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yg beriman dan yg beramal soleh, yang berpesan-pesan kpd kebenaran, yang berpesan-pesan kpd kesabaran"
atau
"Aisyah tu.! saje je tu nak tunjuk konkonon dia ade byk ilmu. padahal dia bukan baik sangat pun"
fuhhh!
Astaghfirullah 3x
*aku garu kepala yg tak gatal. aku tarik nafas dalam2. fikir. renung. mana satu niat aku?
siyes takut....!!! aku telan air liur. dan aku fikir....
insya Allah. Kerana Allah aku menulis di blog ini. Aku sebenarnya igt sangat nak ajak org2 yg aku tak terajak kat luar 2 walaupun aku rasa blog aku ni xde r femes mane pun. cume. cume. cume aku nak kongsi sikit-sikit je... ilmu aku tak banyak...
aku malu bile org tanya aku soalan sbb aku tak tahu...... ):
aku malu bile org rasa rendah diri kat aku sbb die INGAT aku banyak ilmu... ):
aku malu bile org kol aku pagi2 time aku tgh tidur, pastu tanya pasal hidayah.... ):
aku malu ...... ....... sbb aku tak banyak baca.
aku malu...... sbb aku gagal ikut suruhan Allah dlm wahyu pertama kpd rasulullah. Bacalah!
aku malu......... dgn diri sendiri...
aku sedih........ dgn diri sendiri....
aku marah...... dgn diri sendiri....
aku ni panas baran. emosi tak stabil. aku sedih sbb aku kuat marah.
aku baca Sinergi. dlm 2 ade hadis rasulullah psl "Jangan marah" tapi, aku tak leh ikut...
ok! aku sedar yg aku dah lari dari tajuk nih... aku tak tahu mcm mane nak ckp kat korang ek.
niat nih sesuatu yg kita selalu pndg remeh. niat itu adalah benda pertama yg korang nak bila korang buat sesuatu 2. paham tak???
so,, Aisyah. dan semua yg sedang membaca dan cuba nak paham apa aku kata nih. pegang satu benda....
"Niatlah yang baik-baik"
sebab, kalau kita buat sesuatu kebaikan dgn niat yg salah. kita akan dapat seperti ape yg kita yg niatkan tu..
Abu Hurairah yang berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apa yang kamu lakukan dengannya?' Dia menjawab, 'Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?' Maka dia menjawab, 'Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?' Dia menjawab, 'Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka."
[Hadith Riwayat Muslim]
nauzubillah. aku mohon perlindunganMu drpd apa-apa keburukan yg terlintas di dada Ku -.-
No comments:
Post a Comment