Friday, July 19, 2013

Al kisah 11 Ramadhan

Dalam perjalanan pulang di dalam bas dari solat terawih, aku mengisi masa dengan surah Al-Mulk.. sampai pada ayat kedua, aku sedikit sentap..

"Yang menciptakan kehidupan dan kematian utk MENGUJI SIAPAKAH DI ANTARA KAMU YANG PALING BAIK AMALANNYA.."

Lantas, bergenang air mataku memikirkan amalan aku.. Perjalanan balik dari solat terawih malam itu memberi ruang aku muhasabah seketika..
_______________________________________________________

Maka, aku berkira apakah amalan aku yang sedikit dalam bulan ramadhan ini tergolong dalam "PALING BAIK AMALANNYA"..

Teringat pula akan sabda nabi Muhammad SAW ketika ditanya apakah amalan yang palin baik.. Maka jawab baginda "Amalan yang sedikit tetapi berterusan (istiqamah)"

Mudah untuk mula solat terawih 20 rakaat tetapi aku mengaku susah untuk istiqamah mendirikan 20 rakaat terawih jika tidak dengan keinginan yang tinggi..Mudah untuk mula sedekah tetapi mencabar untuk istiqamah sedekah terutama di waktu kesempitan..

Ya! Untuk meraih syurga Allah itu hakikatnya bukan mudah dan bukan pun kerana amalan kita Allah beri kita Syurga tetapi kerana rahmantnya tetapi dengan amalan kebaikan itu sebagai wasilah (jalan) untuk "mengambil hati" pemilik Syurga untuk menghadiahkannya buat kita..

Umpamanya, seorang lelaki ingin mengahwini seorang perempuan, maka, dia akan berbuat baik dengan wali perempuan itu agar mudah untuk dia mendapatkan perempuan itu... begitu jugalah syurga yang ALLAH adalah Pemiliknya, maka siapakah kita untuk berkira-kira untuk berbuat kebaikan jika Syurga itu impian kita..

Muhasabah diri bersama dalam memasuki fasa maghfirah ini, moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan menerima taubat kita..

p/s: sesiapa ada kesempatan dan upaya untuk belajar Bahasa Arab maka, belajarlah sebaiknya,, supaya mudah untuk memahami kata-kata Allah (Al-quran) ketika anda membacanya, jika tidak tambahkan usaha dengan baca terjemahan, semoga dengan itu hati terketuk untuk menerima hidayah :)

No comments:

Post a Comment