Terpempan aku petang ini dengan pandangan yang dilontarkan itu. Seorang yang sebelum ini memotivasikan kami semua untuk menjadi Pakar Ekonomi dan Penasihat Syariah kini telah berpaling ke satu pemikiran era tradisional.. Argumen dan hujah yang diberikan memang suatu yang tidak dapat aku sangkal akan kesohihannya.
Ya! Wanita perlu didik anak-anak dan layan suami,
Ya! Rumah itu perlu dijaga rapi,
Ya! Dapur juga mesti berasap berapi,
Ya! Masalah sosial kini semakin menjadi-jadi,
Apatah pula dikemudian hari.
Maka, pada siapa harus diletakkan harapan yang tinggi,
Melainkan para ibu dan isteri,
Untuk mempersiapkan diri,
Menjaga anak dan keluarga di kemudian hair.
Tapi,
Mana mungkin aku padamkan hasrat hati dan cita-cita ini,
Setelah setahun aku lalui,
Dengan penuh azam dan tekad kusemat di hati,
Menggengam ijazah dan jadi isteri misali,
Semua itu tidak mudah malah tuntut pengorbanan diri.
Aku kira wahai wanita,
Teruslah menuntut ilmu,
Jadilah apa yang kau mahu,
Kejarlah kerjayamu,
Tetapi, dapur dan rumah tetap menunggu,
Meski kau penat dan keliru,
Usai tugas di bidangmu,
Jangan lupa ada anak utk disusu.
Keluarga itu yang utama, tetapi, cita-cita juga tak boleh kulupa.
Dunia hari ini, meski duit bukan segala tetapi, segalanya perlukan duit.
Moga usaha aku mencapai cita-cita hari ini utk akan datang,
Allah redha dan manusia juga redha.
Moga ada manfaatnya untuk ummah.
Moga ada baiknya buat isi rumah.
Aku harap aku tak lalai, aku tak alpa,
Kerana manusia biasa lupa,
#marikejarcita-cita
No comments:
Post a Comment