Hampir sebulan sudah permusafiranku ke Bumi
Anbiya’ ini. Bila dikenang semula saat perpisahan dengan Bumi Tanah Airku,
adakala, timbul sedikit rasa kesayuan namun, tidak boleh kubiar lama rasa itu,
kerana hakikatnya, aku sudah berpijak di sini dan datangku bukan dengan mudah
juga tidak murah! Datangku bukan untuk suka ria namun, penuh dengan cita-cita.
Datangku supaya pulang menyebar bahagia dan menjadi insan luar biasa.
Semenjak dari SPM lagi aku telah
membulatkan tekad untuk datang ke Jordan. Aku mengisi borang KPM juga borang
MARA dengan Universiti Yarmouk sebagai Universiti pilihan. Namun, 2 tahun di
Kuantan membuatkan rasa teruja itu semakin hilang. Kalau tidak kerana cintakan
bahasa Arab tidak mungkin aku sekuat ini. Memetik sebuah syair yang selalu
menjadi pegangan aku:-
"ترجو
النجاة ولم تسلك مسالكها ان السفينة
لاتجري على اليبس"
Kau menginginkan sesuatu tetapi, kau tidak mengikut jalannya,
sesungguhnya kapal yang tidak mampu bergerak di atas padang pasir.
Maka, untuk mendalami bahasa itu, aku perlu
berjumpa dengan ahlinya. Semoga Allah permudahkan cita-citaku. Muamalat dengan
orang arab, susah pada awalnya, namun, lama-lama bakal terbiasa.
Aku pernah berpengalaman dimaki oleh
seorang lelaki Arab. Sewaktu itu, aku baru pertama kali menjejakkan kaki di
Pasar Balad. Sedang memilih sayur-sayuran. Tiba-tiba, sahabat aku menyapa
bertanyakan sesuatu.
“Ni na’na’(pudina) ke?”
Aku cium baunya sekilas, tidak seperti
na’na’, lalu, pantas aku menggeleng. Lelaki Arab itu yang juga penjual di kedai
itu bercakap sesuatu yang tidak aku fahami, tetapi, apa yang boleh ditafsirkan
adalah “itu adalah na’na’! Aku berkeras tidak mahu membeli lalu, kami berlalu
pergi dari kedai itu. Mencari sesuatu yang kami juga tidak tahu apa. Tanpa aku
duga, penjual tadi mencari dan menjejaki aku semula dengan muka yang marah.
Saat aku berselisih dengannya di jalan, dia menudingkan jari lalu berkata, “انت من نوع قبيح!” . Termangu aku seketika
kerana aku juga tak pasti apa salah aku.
Pernah sekali aku bermualah dengan صاحب rumah sewa sahabat aku
melalui telefon. Dia memuji bahasa aku. Katanya “انت قوية! لغتك جيدة!”. Aku pernah juga tersalah
membeli shawarma kerana tidak tahu cara untuk memesan makanan. Aku pernah
berlegar di kawasan jamiah seorangan, mencari kalau-kalau ada orang yang ingin
berkawan dengan aku, tetapi, tiada. Aku pernah silap dan aku pernah betul.
Tiada apa yang perlu aku bangga kerana aku tahu masih terlalu banyak yang perlu
aku pelajari. Dan, aku perlu terus berusaha. Bukan sahaja aku, juga kamu!
Apa yang penting untuk kalian tahu dan
usahakan? Kalian perlu bersedia. Bersedia dengan bahasa Arab. Bersedia untuk
berdikari. Bersedia untuk mujahadah bangun pagi pergi kelas dengan cuaca sejuk
sampai ke tulang. Bersedia untuk menguruskan duit sendiri. Bersedia untuk
mengurus diri. Bersedia menjadi manusia dewasa yang matang pemikiran juga kuat
jati diri!
Kalian perlu tahu dan mula mengkaji tempat apa yang bakal kalian jejaki
ini?
Adakah seindah syurga duniawi, sebab
takut-takut kalian kecewa nanti.
Kalian perlu tahu, sebab apa kalian ke sini?
Adakah kerana kawan, ingin suka-suka atau
bagaimana nawaitu hati?
Kalian perlu usaha, usahakan apa? Bila dan bagaimana?
Usaha dengan akademik, sahsiah, juga
disiplin. Usaha dari sekarang, dari Malaysia dengan cara usaha yang sehabisnya…
Kenapa??
Sebab takut, ada yang menangis Doktor ajar
dalam ammiy, dan tak faham. Sebab takut, ghiab kelas lebih dari hadnya, kena
sekat ambil Imtihan Akhir. Jangan menyesal!
Aku bercerita bukan untuk menakutkan. Juga
bukan untuk menjatuhkan motivasi dan semangat kalian. Justeru, kalian perlu
lebih semangat kerana semua ini adalah cabaran dan jadikanlah ia peluang untuk
memperbaiki diri sementara kalian masih punya waktu, sementara kalian masih di
situ. Teruskan persiapan kalian kerana perang kalian bakal
bermula…..
Seperti firman Allah:
”وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل……….." (Al-Anfal: 60)
- والله اعلم -
No comments:
Post a Comment